Saturday 24 December 2011

Nenek 11 cucu berjaya tawan Gunung Kinabalu

HULU LANGAT 11 Dis. - Seorang nenek yang mempunyai 11 cucu merupakan seorang daripada 28 peserta yang berjaya menamatkan Program Kembara Sihat-Gabungan IPT Menuju Puncak Kinabalu, Sabah pada 10 hingga 14 November lalu.
Azillah Abdul Rahman, 58, seorang suri rumah berjaya sampai ke puncak gunung yang ketinggiannya mencecah 3,574.4 meter.
Ahli Kelab Kecergasan Pandan (KKP) itu menyertai program berkenaan yang dianjurkan secara kerjasama oleh KKP dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat).
"Bagi saya, umur bukanlah satu halangan untuk melakukan senaman. Jika kita mahu sentiasa sihat, kita perlu melakukan senaman setiap hari.
"Saya amat suka melakukan aktiviti luar seperti ini kerana ia membantu mendapatkan kesihatan yang baik selain dapat beriadah," kata Azillah ketika ditemui di majlis penutup program itu di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MySihat, Datuk Dr. Yahya Baba serta Pengerusi KKP, Abdul Ghani Abdul Samad.
Selain ahli-ahli kelab berkenaan, program itu turut melibatkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Sementara itu, Nurul Jannah Abdul Kadir, 9, murid Sekolah Islam Al-Iman, Kampung Pandan, Kuala Lumpur merupakan peserta termuda yang berjaya menamatkan pendakian tersebut.
"Saya rasa seronok kerana dapat menyertai aktiviti ini dan jika berpeluang, saya ingin mendaki gunung lain pula," katanya.
Dalam pada itu Yahya berkata, program tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia agar mementingkan kesihatan dan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.
"MySihat akan sentiasa menyokong persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan program riadah dan rekreasi agar dapat melahirkan rakyat yang sihat," katanya.

Sumber>>>>> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1212&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive


Thursday 24 November 2011

Ekspedisi Kembara Sihat @ Gunung Kinabalu pada 10 - 14 November 2011


Peserta bergambar di LCCT Sepang sebelum berlepas ke KK
Kompleks Sukan KBS Putatan

Kinabalu Park


Laban Rata



Banner KKP di Low's Peak.....

Tuesday 4 October 2011

Program Perasmian Kembara Sihat 09 Oktober 2011


LOKASI PERASMIAN

ASLI ADVENTURE BASE CAMP (AABC) terletak di km 3.2,  Sungai Lepoh, Kg Kuala Pansun, Hulu Langat Selangor.   Terdapat pengangkutan awan dari Pusat Bandaraya ke Kuala Pangsun dan perjalanan memakan masa sekitar 45 minit.
AABC mempunyai sumber aliran Sungai Lepoh dan Air Terjun Lepoh iaitu kira-kira 3 kilometer melalui jalan denai.  Daya tarikan lain yang terdapat di kawasan sekitar ialah Puncak Gunung Nuang (gunung tertinggi di Negeri Selangor) yang tingginya 4,899 kaki.

Monday 22 August 2011

Penyertaan Ekspedisi Kinabalu

Salam Rekreasi,


Kepada pelajar-pelajar IPTA & IPTS (terbuka untuk pelajar Lembah Klang) yang berminat untuk menyertai Ekspedisi Kinabalu pada bulan November 2011 dengan harga kos bayaran yang paling minima, bolehlah mendaftarkan nama anda  kepada AJK KKP atau Penyelaras Program Ekspedisi. Penyertaan adalah terhad sebanyak 15 peserta terawal mendaftar sahaja sebelum 10 September 2011.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :


* Ariffudin Md Sarif    012-3514586 
* Abdul Ghani             019-2056683


atau Email kepada kkp4105@gmail.com


Sekian.


Penyelaras Program Ekspedisi.

Friday 15 July 2011

PROGRAM “KEMBARA SIHAT”-GABUNGAN PELAJAR IPT MENUJU PUNCAK KINABALU, SABAH {NOVEMBER 2011}

Program Ekspedisi Gunung Kinabalu ini merupakan program ekspedisi yang pertama yang dirancang di bawah Program Kembara Sihat dan dikendalikan oleh Kelab Kecergasan Pandan (KKP). Selain ekspedisi ini, program ini turut mempunyai komponen terpenting iaitu program ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Konsep “Sukan Untuk Semua” dan “Malaysia Cergas” memberi idea tentang kepentingan dan nilai-nilai pendidikan jasmani, kecergasan, sukan dan rekreasi ke arah penyertaan dan amalan. Peserta yang terlibat, akan mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Program ini akan membawa seramai 50 orang ahli KKP( gabungan pelajar OUM,UiTM,USIM dan UniKL serta lapisan masyarakat setempat) yang akan menguji stamina dan daya tahan mental dan fizikal mereka dan membina sahsiah diri yang unggul serta pengalaman yang baru.
Melalui aktiviti yang dirancang, peserta ini dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri dan masyarakat serta menjadi contoh kepada belia lain di Malaysia. Program ini di harap dapat melahirkan belia yang aktif dan sihat selari dengan slogan “Kembara Sihat”.
 
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
 
  • Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat, cergas serta kekuatan mental dan fizikal kearah menbangunkan insan yang produktif.
  • Mengamalkan cara hidup yang aktif, komited kepada kesihatan dan kecergasan individu, keluarga dan negara.
  • Memberikan penekanan dan kesedaran terhadap pemulihan alam sekitar.
  • Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, nilai-nilai mulia dan semangat kesukanan yang tinggi ke arah kesejahteraan dan keperibadian nasional.
  • Meningkatkan amalan kecergasan mental dan fizikal supaya menjadi asas penting untuk mencapai budaya berprestasi tinggi.
  • Menjayakan ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu
  • Memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman mendaki Gunung Kinabalu, yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
  • Menjadi contoh kepada rakyat di Malaysia agar sentiasa aktif, cergas dan sihat.
  • Menjayakan program dan kempen kesihatan, kecergasan serta rekreasi oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) yang merupakan matlamat mereka untuk menjadikan rakyat yang sihat dan aktif.