Sunday 20 March 2011

Gotong Royong di Balai Polis Ampang Jaya

Pada 20hb March 2011, Peserta Kelab Kecergasan Pandan bersama MPAJ, Alam flora, pelajar UiTM Shah Alam dan Anggota Polis Ampang Jaya berganding bahu mejayakan gotong royong di Balai Polis daerah Ampang Jaya.

Aktiviti senaman aerobik tetap diadakan di dagang avenue sebelum begerak ke balai polis

Sesi penerangan oleh DSP Tuan Hj Abdul Rahman b Hj Hasnan (Ketua bah. Pengerusan Daerah)

Bergambar sebelum memulakan gotong royong

Pelajar UITM di ketuai oleh Ainaa Nabilah (Setiausha 2 KKP)

Mencari sampah dicelah kenderaan

Saturday 5 March 2011

Jom Aktif- Cara Hidup Sihat

1.0     Pendahuluan
Kelab Kecergasan Pandan ditubuhkan untuk memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Konsep “Sukan Untuk Semua” dan “Malaysia Cergas” memberi idea tentang kepentingan dan nilai-nilai pendidikan jasmani, kecergasan, sukan dan rekreasi ke arah penyertaan dan amalan. KKP mengajak penglibatan setiap individu, keluarga, persatuan dan organisasi merancang program rekreasi fizikal yang sesuai bagi memanfaatkan diri, keluarga dan semua masyarakat dari aspek penggunaan masa secara berfaedah, sihat dan cergas.

2.0 Matlamat Dan Objektif

2.1  Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat, cergas serta kekuatan mental dan fizikal kearah menbangunkan insan yang produktif.
2.2  Mengamalkan cara hidup yang aktif, komited kepada kesihatan dan kecergasan individu, keluarga dan negara.
2.3  Memberikan penekanan dan kesedaran terhadap pemulihan alam sekitar
2.4  Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, nilai-nilai mulia dan semangat kesukanan yang tinggi ke arah kesejahteraan dan keperibadian nasional.
2.5  Meningkatkan amalan kecergasan mental dan fizikal supaya menjadi asas penting untuk  mencapai budaya berprestasi tinggi

3.0     Sinopsis
KKP adalah kelab berorientasikan kepada penjagaan kesihatan, riadah dan kecergasan. Pendekatan KKP mengenai cara hidup sihat, menjadikan amal berterusan kepada ahli dan masyarakat  dalam menikmati kehidupan yang sihat.

4.0     Konsep Sukan
Sesuatu program sukan perlu dirangka berasaskan kreativiti dan inovasi untuk memberi keberkesanan program atau latihan.  Ahli dan masyarakat juga perlu diberi pengetahuan mengenai keupayaan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif bagi mengenal pasti dan jenis masalah yang dihadapi supaya pendekatan yang bersesuaian dapat diamalkan untuk meningkat gaya hidup sihat.
Perancangan  dan pelaksanaan seperti senaman aerobik untuk semua, senaman untuk orang-orang berpenyakit seperti darah tinggi, tekanan mental dan stress, kencing manis serta ibu-ibu mengandung akan diberi penerangan teori dan amali agar senaman ini diamalkan dengan betul, tidak ketinggalan juga kepada orang kurang upaya (OKU)
Penglibatan remaja dalam sukan juga diambilkan kira, KKP ingin merancang satu mekanisme yang realistik dan menyeluruh  agar dapat menarik kehadiran dan penyertaan remaja dan belia ke arah sukan yang lebih sistematik.
Tahap kecergasan dan kemahiran adalah penting jika membuat persediaan sebelum memulakan atau selepas sesuatu latihan , KKP ingin mengerak langkah kepada program yang lebih tersusun dan afektif dalam mendedahkan elemen-elemen sain sukan.

5.0     Konsep Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup merujuk kepada tingkah laku yang diamalkan oleh seseorang individu dalam kehidupan harian. Gaya hidup mungkin berbeza antara seseorang dan perlu diawasi supaya tidak menjadi faktor penghalang terhadap kehidupan harian. Gaya hidup sihat merujuk amalan atau tabiat yang dapat meningkatkan taraf kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan.
KKP berusaha mengadakan penerangan dan ceramah tentang makanan seimbang dan masalah yang berkait rapat dengan kesihatan perlu diberi penekanan. Pemakanan seimbang dapat membantu memelihara kesihatan badan melalui perlindungan daripada perbagai jenis penyakit dan memastikan sistem organ badan dapat berfungsi dengan baik. Pemakanan seimbang memerlukan individu mengimbangkan jumlah kalori yang perlu diambil melalui menu makanan harian.

6.0     Rekreasi
Aktiviti perkhemahan dan pendakian adalah penting bagi program pendidikan laur. Kegiatan perkhemahan dan pendakian ini dijadikan sebagai aktiviti membina semangat, motivasi, keyakinan diri di samping keseronokan dan memberi ilmu pengetahuan. Ia juga memberi semangat kepada jasmani, emosi, rohani dan intelek.
KKP  pada peringkat pengenalan  rekreasi mungkin tidak ramai mengetahui program seperti ini. Langkah menarik minat remaja dalam mengikuti program rekreasi lebih berjaya jika gerakan rekreasi ini dipimpin oleh golongan profesional  justeru itu KKP mengalak ahli dari golongan profesional menyertainya.
Pemulihan dan penjagaan alam sekitar turut dititik berat dalam memberi kesedaran tentang pentingnya kehidupan tumbuh tumbuhan.  Dalam aspek rekreasi luar KKP berharap penglibatan ahli dan masyarakat akan memberi pengajaran dan manfaat yang positif berkenaan alam sekitar.

7.0     Konsep Ceramah, Penerangan Dan Kempen
Dalam membendung gejala tidak sihat di kalangan remaja dan belia, KKP ingin  mengadakan bantuan dalam bentuk ceramah dan penerangan serta kempen supaya peringkat generasi ini tidak menyimpang ke landasan  yang tidak bermoral. Ceramah berbentuk ilmiah tentang cara menunggang motosikal secara profesional,  phenomena buang bayi dan kesihatan, faedah dan akibat menggunakan dadah terlarang, akan dilaksanakan dalam aktiviti  yang akan dirancang.
Kempen berbentuk kesedaran dan gotong-royong  dalam bidang kesihatan dan kebersihan alam sekitar adalah satu agenda yang harus di ambil kira. KKP akan bekerjasama dengan pihak NGO dan kerajaan tempatan untuk mengajak masyarakat tempatan bersama-sama menjalankan aktiviti ke arah persekitaran yang sihat.

Disediakan oleh
Abdul Ghani bin Abdul Samad  BSS in Exercise Physiology