Friday 15 July 2011

PROGRAM “KEMBARA SIHAT”-GABUNGAN PELAJAR IPT MENUJU PUNCAK KINABALU, SABAH {NOVEMBER 2011}

Program Ekspedisi Gunung Kinabalu ini merupakan program ekspedisi yang pertama yang dirancang di bawah Program Kembara Sihat dan dikendalikan oleh Kelab Kecergasan Pandan (KKP). Selain ekspedisi ini, program ini turut mempunyai komponen terpenting iaitu program ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Konsep “Sukan Untuk Semua” dan “Malaysia Cergas” memberi idea tentang kepentingan dan nilai-nilai pendidikan jasmani, kecergasan, sukan dan rekreasi ke arah penyertaan dan amalan. Peserta yang terlibat, akan mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Program ini akan membawa seramai 50 orang ahli KKP( gabungan pelajar OUM,UiTM,USIM dan UniKL serta lapisan masyarakat setempat) yang akan menguji stamina dan daya tahan mental dan fizikal mereka dan membina sahsiah diri yang unggul serta pengalaman yang baru.
Melalui aktiviti yang dirancang, peserta ini dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri dan masyarakat serta menjadi contoh kepada belia lain di Malaysia. Program ini di harap dapat melahirkan belia yang aktif dan sihat selari dengan slogan “Kembara Sihat”.
 
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
 
  • Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat, cergas serta kekuatan mental dan fizikal kearah menbangunkan insan yang produktif.
  • Mengamalkan cara hidup yang aktif, komited kepada kesihatan dan kecergasan individu, keluarga dan negara.
  • Memberikan penekanan dan kesedaran terhadap pemulihan alam sekitar.
  • Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, nilai-nilai mulia dan semangat kesukanan yang tinggi ke arah kesejahteraan dan keperibadian nasional.
  • Meningkatkan amalan kecergasan mental dan fizikal supaya menjadi asas penting untuk mencapai budaya berprestasi tinggi.
  • Menjayakan ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu
  • Memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman mendaki Gunung Kinabalu, yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
  • Menjadi contoh kepada rakyat di Malaysia agar sentiasa aktif, cergas dan sihat.
  • Menjayakan program dan kempen kesihatan, kecergasan serta rekreasi oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) yang merupakan matlamat mereka untuk menjadikan rakyat yang sihat dan aktif.


No comments:

Post a Comment